Minggu, 26 Agustus 2012

Fidyah Puasa

Fidyah Puasa
Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak
Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada
Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
Orang yang sedang haid atau nifas.
Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah
Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah
Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

Wajib Qada atau Fidyah
Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

Tidak Wajib Qada dan Fidyah
Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
Kanak-kanak.
Gila.

Wallahua’lam
Dalil

Mengenai perkara in, Allah menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 184, yang bermaksud:

" Dan di atas orang-orang yang tidak sanggup (terdaya kerana uzur-uzur syar'ie) mengerjakan puasa, maka wajiblah ke ats mereka membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin, dan barangsiapa yang dengan kerelaan hatinya mengerjakan kebajikan (iaitu memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari), maka itulah yang lebih baik baginya. "

Pada permulaan Islam, Syarak memberikan pilihan bagi umat Islam samada ingin berpuasa ataupun tidak dan bersedekah makanan kepada fakir miskin setiap hari yang ia tidak berpuasa sehingga turun ayat selepasnya iaitu ayat 185 yang memansuhkan ayat tersebut.

" Maka sesiapa di antara kamu yang melihat hilal (ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa. "

Dengan penurunan ayat ini, maka puasa telah diwajibkan tanpa ada pilihan untuk tidak berpuasa kecuali mereka-mereka yang di dapati mempunyai keuzuran syar'ie yang membolehkan mereka untuk berbuka puasa dan membayar fidyah seperti orang sakit yang tidak mungkin akan hilang penyakitnya jika ia berpuasa, orang yang bermusafir dan sebagainya.

Ayat ini dijelaskan lagi oleh Imam Ibnu Kathir Rahimahullahu Ta'ala di dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Adzim, Halaman 204 iaitu yang bermaksud:

"Maka kesimpulannya: Sesungguhnya Naskh tetap thabit bagi mereka yang sihat (mampu tanpa ada keuzuran syar'ie), bermuqim dengan kewajipan berpuasa berdasarkan firman Allah (Maka sesiapa di antara kamu yang melihat hilal (ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa), dan bagi mereka yang tersangat tua yang mana mereka ini tidak mampu untuk mengerjakan kewajipan berpuasa, maka mereka bolehlah berbuka dan tidak perlu mengqadha puasa yang ditinggalkan, (dan mengenai fidyah pula) pendapat yang sohih dan kebanyakan para ulama, sesungguhnya mereka-merka ini diwajibkan untuk membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Kaedah Pengiraan

Terdapat dua (2) kaedah pengiraan fidyah iaitu:
Kaedah pertama

Kadar timbangan bagi 1 gantang beras adalah bersamaan dengan 4 cupak (mud)

1 gantang beras
= RM 5.20 / 4 (cupak)
= RM 1.30
= RM 1.40

Kaedah kedua

1 gantang beras = 2.70 kg

Nilai 1 gantang beras = RM 5.20
Oleh itu 1 kg = RM 5.20 / 2.70 (kg)
= RM 1.92

Bagi menentukan nilai 700 gram, ialah ;

1 kilogram = 1000 gram

Oleh itu 1 gram = 0.00192 sen
700 gram = 0.00192 X 700 g
= RM 1.34 per gram
= RM 1.40
Cara Pembayaran

Fidyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin yang memerlukan iaitu secupak makanan asasi sebuah negara bagi setiap hari yang ditinggalkan. Di Malaysia, fidyah itu dibayar menggunakan beras.

Seseorang yang diwajibkan membayar 30 cupak untuk 30 hari puasa yang ditinggalkan, hendaklah memberi secupak beras kepada 30 orang miskin ataupun dibolehkan juga untuk membayar 30 cupak kepada seorang dari orang miskin.

Penulis : NURHASIM,S.Sn

0 komentar:

luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com